Wahai manusia
Yang hidup di dunia ini
Jangan kata leka
Pada godaan dunia
Hidup ini hanyalah untuk sementara waktu.
Dalam kehidupan ini ada 2 jalan
Jalan yang sempit
Membawa kehidupan
Jalan yang luas
Membawa kehancuran
Ramai yang memilih jalan yang luas
Wahai manusia
Hargailah nafas yang ditarik
Sesungguhnya
Udara yang disedut itu adalah
Pemberian ALLAH,secara percuma
Dan,
Carilah keredhaan dalam menggunakannya..
Wahai manusia
Hisablah hari yang dikurnia
Semoga hari kedua lebih baik dari hari pertama
Kerana mungkin ajal akan tiba
Tidak kira masa
Wahai manusia
Hargailah nyawa yang diberi tuhan
Sesungguhnya
Hari ini adalah perjuangan
Semalam adalah kenangan
Dan esok?
Bukanlah stu kepastian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

ASSALAM ALAIKUM
ReplyDeleteSALAM ZIARAH.